traditional-xperlu kua duet bnyk2

ha somethg untk dkgsi dgn korg..bole ikot lau nk..tp xdjamin sbb laen org laen kesnnye
..try dulu bru tau..haha


RAMBUT SELALU GUGUR
Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

ATASI MASALAH BULU KETIAK
Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh. 

RAMBUT HITAM LAMBAT BERUBAN
Ada petua mudah untuk mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan juga lambat beruban terutamanya kalangan remaja hari ini. Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus dibuang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut anda gosok-gosokkan rambut anda dengan air rendaman hampas the tadi. Lakukan banyak kali. Selain rambut menjadi hitam berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut anda lambat beruban.

TOMATO, EPAL LICINKAN KULIT
Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.

RAMPING SEMULA JADI
Hendak kurus tanpa sebarang perbelanjaan? Cara paling senang ialah dengan mendisplinkan diri. Iaitu ketika suapan dikunyah 40 kali. Jangan sekali-kali makan berulamkan air. Petua ini sangat baik untuk mengelakkan perut buncit, selain dapat menghindarkan sakit pinggang

WANGIKAN RAMBUT
Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan pada seluruh rambut dan kulit kepala, pada sebelah petang. Biarkan beberapa jam dan cucilah rambut anda dengan air bersih sebelum tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi dan mencegahnya daripada beruban.

PELEMBAB MUKA SEMULA JADI
Jika ingin berjimat dan tidak mahu membazirkan wang membeli pelembab muka, anda boleh menggunakan pelembab muka semula jadi. Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kubis sehingga halus dan gaulkan dengan kedua-dua bahan itu. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara menggunakan kapas lembab. Bersihkan dengan lembut. Pasti kulit anda akan sentiasa lembab dan tegang.

URUTAN WAJAH CARA BETUL
Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

 SERI DAUN INAI
Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya. Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu memandang gunakanlah khasiat inai. Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita. Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah wajah anda berseri.

KEGUNAAN PUCUK JAMBU BATU
Jika anda ada masalah untuk menyembuhkan jerawat, gunakan cara tradisional untuk mengatasinya. Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan gilingkannya (atau ditumbuk) sehingga halus. Kemudian sapukannya pada bahagian yang ada jerawat. Pakailah selalu. Untuk menjadikan lebih mujarab, pakailah bersama-sama dengan bedak sejuk dan hasilnya tentu tidak mengecewakan.

DAUN RAMBUTAN MERAWAT GATAL KULIT KEPALA
Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.

 KULIT BUNGA TANJUNG HILANGKAN JERAWAT
Ada banyak kaedah tradisional yang digunakan untuk menghilangkan jerawat. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan kulit pokok bunga tanjung. Cara membuatnya mudah saja. Ambil lapisan dalam batang pokok itu, giling halus-halus dan jadikan ia bedak. Sebelum disapukan pada muka, campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air. Sapukan pada muka terutama pada bahagian yang berjerawat pada sebelah malam sebelum masuk tidur. Jadikan ia amalan harian. Anda akan lihat perubahan pada wajah anda.

 MENJADIKAN GIGI PUTIH BERSIH
Untuk mendapatkan gigi yang putih bersih, ambil sebiji pinang dan dibakar hingga hangus. Kemudian tumbuk hingga ia menjadi serbuk. Simpannya di dalam bekas kedap udara, apabila hendak digunakan, sedikit garam dan gosok-gosokkan ia pada gigi dengan menggunakan jari. Lakukan selalu pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur.

MENGHILANGKAN BAU KETIAK
Sekiranya anda bermasalah badan berbau hangit dan kurang menyenangkan, cuba pula cara ini. Ambil sebiji limau kasturi, belah dua dan gosokkan kedua-dua belah ketiak anda dengannya. Amalkan seminggu sekali sebelum mandi. Insya-Allah masalah badan berbau semakin berkurangan dan akan hilang dengan perlahan-lahan.

Cara-cara lebatkan rambut.
Sudah tiba masanya untuk menerangkan cara-cara/tips yang insyallah mujarab orang tua-tua kata.
Petua:                                                                                                                                                 Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak
Petua 2:
Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.
Petua 3.
Ambil sedikit daun inai. Tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala.Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyalah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.

Petua 4.
Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih, Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasilnya.
Petua 5.
Sediakan Bahan-bahan seperti berikut.
·         2 sudu besar minyak zaitun
·         2 sudu besar minyak bijan
·         2biji telur
·         2 sudu besar santan asli
·         2 sudu besar minyak kelapa
Caranya:
1.    Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih kerana terdapat telur.
2.    Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
3.    Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.
Boleh diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.